‘Seeds Of Deeds’ 2015 sasar beri manfaat kepada 2,000 pelajar kurang bernasib

0

KUALA LUMPUR: Satu program pungutan derma dikenali sebagai ‘Seeds of Deeds’ 2015, akan diadakan Sabtu ini untuk membantu kira-kira 2,000 pelajar kurang bernasib baik di seluruh negara.

Presiden Small Changes NGO, Azri Malek berkata program tahunan itu, yang akan berlangsung di Publika di sini, menyasarkan kutipan RM100,000 untuk membiayai pelajar luar bandar kurang bernasib baik dengan kerjasama benefisiari utama iatu Projek Kalsom NGO dan Happy Bank NGO.

“Kami berpendapat tiada kanak-kanak yang patut di-pinggirkan kerana setiap daripada kita berpotensi untuk berjaya dan maju jika diberi bimbingan dan persekitaran yang tepat,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Azri berkata derma yang dikumpul melalui program itu akan digunakan untuk menaja projek pemerkasaan belia melibatkan pelajar kurang bernasib baik di luar bandar Sabah, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang dengan slo-gan ‘Sponsor a student for RM50’ (Tajalah seorang pe-lajar sebanyak RM50).

Derma sebanyak RM50 itu akan digunakan untuk membiayai kos makan minum, penginapan, bahan pembelajaran seperti kamus dan bahan perbelanjaan lain serta projek pemerkasaan belia oleh benefisiari utama untuk membimbing dan mendidik pelajar kurang bernasib baik.

Di Malaysia, pelajar kurang bernsib baik berisiko untuk tercicir daripada persekolahan dan terlibat dengan gejala sosial.

Menurut kaji selidik Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi pada 2014, 72 peratus pelajar yang tercicir daripada alam persekolahan di Malaysia adalah berasal dari keluarga kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah.

Small Changes NGO dianggotai individu pelbagai kaum berusia 18 hingga 40 tahun yang berganding bahu untuk memperkasakan belia melalui ilmu dengan keyakinan bahawa perubahan kecil mampu membawa banyak perbezaan.

Maklumat lanjut tentang pertubuhan ini dan aktivitinya boleh didapati dengan me-layari laman Facebok, ‘Small Changes’. — Bernama