80 hadiri ceramah mengenai Parkinson

0

SIBU: Kira-kira 80 orang menghadiri ceramah mengenai Parkinson di Wisma Hua Wen di sini anjuran Pertubuhan Parkinson Sibu semalam.

Ceramah secara percuma itu dikendalikan Dr Yee Rou Chen dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan tenaga pengajar Fisioterapi dari Kolej ITA, Song Hua Hung.

Menurut Song, ceramah tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai Parkinson akibat daripada penyakit neurologi.

Selain itu, ceramah turut dihadiri pesakit Parkinson itu juga diberi pengetahuan mengenai simptom-simptom penyakit Parkinson dan cara-cara berhadapan dengan situasi tersebut.

“Kebiasaannya penyakit ini (Parkinson) berlaku akibat penuaan sel-sel di dalam otak dan beberapa faktor lain,” kata Song ketika ditemui semalam.

Tambahnya, faktor pemakanan juga boleh menyumbang kepada penyakit Parkinson dan kandungan kimia dalam makanan boleh memberi kesan kepada sel-sel dalam badan manusia.

“Faktor keturunan juga boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit Parkinson,” katanya.

Hadir sama pengerusi protem pertubuhan itu, Hii Sieh Toh dan ahli jawatankuasa pertubuhan, Dr Ngian Hie Ung.