Penunggang motosikal jadi mangsa langgar lari cedera

0

KUCHING: Seorang penunggang motosikal cedera di muka dan dikhuatiri patah tulang kaki selepas menjadi mangsa langgar lari berdekatan Bangunan Baitulmakmur(Masja) semalam.

Menurut sumber,mangsa yang berusia 20-an itu semasa kejadian menunggang motosikal bersama beberapa rakannya apabila sebuah kereta datang dari arah sama melanggar motosikal mangsa iaitu sekitar jam 2 pagi.

Impak daripada pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter dari atas motosikal.

“Kereta melanggar mangsa terus memecut laju dari tempat kejadian menyebabkan rakan mangsa dan beberapa orang awam melalui jalan itu terus membantu mangsa dan mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS),”kata sumber.

Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam masih menerima rawatan di HUS dan dilapor berada dalam keadaan stabil.