SABERKAS mahu belia 16 tahun jadi ahli

0

Pelbagai program boleh dimanfaat golongan belia sekiranya menyertai pertubuhan ituPelbagai program boleh dimanfaat golongan belia sekiranya menyertai pertubuhan ituOleh Rusnan Mustafa //

KUCHING: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) mahu golongan belia berusia dari 16 tahun dan ke atas menjadi ahli dalam usaha memudahkan pertubuhan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai merangkap Setiausaha Agung SABERKAS Negeri, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata pelbagai program boleh dimanfaatkan golongan belia sekiranya menyertai pertubuhan itu.

“Selain program kemasyarakatan dan kesukarelaan, SABERKAS juga menyediakan latihan kemahiran dan seminar kepada ahli-ahlinya terutama melibatkan program khusus kepada golongan muda,” katanya pada program jerayawara bubur lambuk SABERKAS-BERNAS di Esplanade Telaga air dekat sini semalam.

Pada program itu, beliau turut menyampaikan sumbangkan raya kepada 10 penerima terdiri golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

“Justeru itu, kita menggalakkan penglibatkan aktif ahli-ahli SABERKAS setiap unit dan cawangan meningkatkan jumlah ahli terutamanya belia berusia 16 tahun,” kata Dr Rahman.

Selain itu, beliau memberitahu golongan belia juga boleh membuat pendaftaran secara dalam talian di laman sesawang SABERKAS.

“Kita amat berharap golongan belia dapat menyertai SABERKAS kerana pertubuhan ini sudah lama diiktiraf oleh kerajaan sejak ditubuhkan pada 1973,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memberitahu menerusi pertubuhan itu  dapat mengeratkan hubungan silaturahim golongan belia yang mempunyai pelbagai latar belakang dan agama.

“Pertubuhan ini bukan sahaja untuk satu kaum tetapi untuk semua kaum jadi sertailah kami,” tambahnya.