Sertai Piala Perpaduan Sambir 2015

0

KUCHING: Pasukan bola sepak tempatan dipelawa menyertai Kejohanan Bola Sepak Kampung Sambir 2015 edisi ke-49 bagi merebut Piala Perpaduan N14 Asajaya yang akan diadakan pada Hari Raya Ke-3.

Seperti tahun sebelumnya, pertandingan bola sepak yang mula diperkenalkan pada 1967 itu akan berlangsung di padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya.

Pengerusi Kejohanan, Zawawi Keri menjelaskan pasukan yang pernah menyertai Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sambir dialu-alukan untuk mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Beliau memberitahu cabutan undi akan bermula pada 12 Julai (Ahad) hingga Hari Raya Aidilfitri kedua.

Hadiah lumayan berupa wang tunai, piala kejuaraan dan iringan menanti para pemenang.

Ini termasuklah piala untuk pasukan terbaik dan pemain terbaik kejohanan.

Pertanyaan lanjut boleh menghubungi Zawawi (014- 5886000), Hamzah Ameran (019-4387151) dan Jalek Jaafar (014-5786767).

Juara Piala Perpaduan edisi ke-48 tahun lalu adalah disandang Sri Muara FC (Muara Tebas).