Gempa bumi lemah 2.6 richter landa Ranau pagi ini

0

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 9.26 pagi ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan berkata pusat gempa adalah di enam darjah utara dan 116.6 darjah timur, 12km barat laut dari Ranau, menyebabkan gegaran di kawasan itu.

Kementerian itu berkata Jabatan Meteorologi Malaysia kini memantau perkembangan dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan.

Pada 5 Jun lepas, Ranau digegarkan dengan gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dengan meragut 18 nyawa pendaki dan malim gunung di Gunung Kinabalu.– BERNAMA