Pekerja lapor JTK tidak puas hati dengan prosedur dia diberhentikan

0

BINTULU: Seorang pe-kerja sebuah syarikat perindustrian di sini tampil membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Cawangan Bintulu kerana tidak puas hati dengan prosedur digunakan syarikat itu memberhenti-kan perkhidmatannya.

James Lakon, 36, ber-asal dari Rumah Magai, Nanga Ngungun Kano-wit tampil membuat aduan sambil ditemani dua ahli Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) Bintulu diketuai Pete Bujang dan seorang lagi rakannya, Agas.

Menurut Pete, kes ini difailkan di bawah kendalian JTK yang mana perbicaraan diadakan di Mahkamah Buruh pada satu tarikh yang ditetapkan nanti.

“Antara tuntutan dikemukakan oleh James me-rangkumi bayaran pampasan serta faedah lain yang sepatutnya diterimanya sekiranya diberhentikan bekerja bagi memastikan nasibnya sebagai seorang pekerja terbela dan layak menerima ganjaran se-wajarnya,” katanya.

Untuk makluman, si pengadu buat masa sekarang tidak mempunyai pekerjaan yang mana pro-sedur diguna pakai oleh syarikat memberhentikan perkhidmatannya amat dikesali.

Pete berkata PEDAS Bintulu merupakan salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergiat aktif dalam kerja amal dengan membantu golongan memerlukan serta dilanda musibah.

“PEDAS Bintulu sememangnya amat peka dengan sebarang kesusahan serta masalah menimpa masyarakat dengan membantu mereka mencari jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan dihadapai,” jelasnya.