Dadah: Buruh ditahan dalam serbuan

0

LAWAS: Padah menyembunyikan dadah jenis syabu di dalam keratan straw di dalam pakaiannya, seorang buruh ditahan sepasukan polis dalam satu operasi di hadapan sebuah sekolah di Jalan Banting di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.13 malam itu suspek, 41, berbangsa Melayu ditahan selepas polis menjumpai tujuh keratan tiub straw berwarna hijau muda mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dalam pemeriksaan ke atas tubuh badannya.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahamad berkata anggaran berat barang kes adalah 0.83 gram.

“Suspek juga positif dadah Meth dan Amp hasil ujian saringan awal polis ke atasnya,” katanya.

Suspek ditahan di lokap Balai Polis Lawas untuk siasatan lanjut. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.