KPDNKK sedia peti aduan di pejabat ketua masyarakat

0

MIRI: Peti aduan pengguna yang ditempatkan Kementerian Dalam Ne-geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di beberapa pejabat ketua masyarakat, daerah dan residen seluruh negeri me-rupakan medium terbaik untuk pengguna terutama penduduk kampung dan pedalaman menyuarakan aduan mereka.

Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley Tan berkata program ini bagi memudahkan penduduk kampung mahupun pedalaman yang tidak mempunyai akses Internet mengemuka-kan aduan masing-masing terutama berkaitan harga barang berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan sebagainya.

Katanya sejak GST dilaksanakan pada 1 April lalu, hanya 544 aduan diterima kementeriaannya dan daripada jumlah itu 154 aduan berkaitan isu GST, 364 harga barang dan 26 aduan-aduan lain.

“Jika melihat kepada sta-tistik ini, jumlah aduan diterima sangat sedikit.

“Kita tambah saluran supaya orang kampung boleh terus mengadu kepada KPDNKK melalui peti aduan pengguna di pejabat peng-hulu, temenggung dan residen.

“Jadi melalui program ini kita harap dapat lebih ba-nyak aduan sama ada dengan mengisi borang atau menulis surat kepada KPDNKK dan masukkan ke dalam peti tersebut,” katanya pada Majlis Penyerahan Peti Aduan KPDNKK kepada beberapa ketua masyarakat dan wakil pejabat daerah kawasan Miri, petang kelmarin.

Menurut Stanley, aduan yang sedikit ini juga mungkin disebabkan orang awam tidak tahu ke mana aduan harus ditujukan sama ada kementeriannya atau Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Jelasnya, sekiranya aduan berkaitan harga barang boleh diajukan kepada KPDNKK dan kalau berkaitan sistem GST, kiraan nombor GST itu adalah di bawah bidang kuasa kastam.

Stanley berkata, sejak dilancarkan pada 26 Januari lalu di Semenanjung Malaysia, sebanyak 61 peti aduan telah ditempatkan di beberapa lokasi stategik di seluruh Sarawak termasuk pejabat penghulu dan residen setakat ini.

“Kami hanya menunggu maklum balas orang awam sama ada positif atau se-baliknya dan melalui aduan diterima, secara tidak langsung kementerian dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di luar sana,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta kerjasama ketua-ketua masyarakat memantau harga barangan di kawasan masing-masing.

“Meskipun kementerian kami hanya fokus kepada aduan berkaitan dengan harga barang dan kepenggunaan serta GST, namun kami turut menerima aduan pelbagai atau umum.

“Semua aduan diterima dimasukkan ke dalam sistem e-aduan dan disalurkan kepada pihak berwajib untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya sambil memberitahu bahawa peti itu akan diperiksa setiap hari oleh kakitangan KPDNKK.

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Miri Sharifah Rafidah Wan Razali, Temenggung Datuk Seri Lee Sie Tong, Temenggung Wilson Atong Limping dan Temenggung Abdul Rahman Fadzail serta wakil Pejabat Daerah Marudi, Niah dan Sibuti.