Warga emas miliki produk peningkat syahwat haram dibebas dengan bon

0

KUCHING: Seorang warga emas dibebas dengan bon berkelakuan baik bernilai RM5,000 tanpa penjamin untuk dua tahun selepas mengaku bersalah memiliki produk peningkat syahwat haram.

Sim Ban Huat, 76, dari Jalan Chawan hadir di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad selepas beliau membuat keputusan dengan mengambil kira umur, kesihatan dan keadaan mental tertuduh.

Dia mengaku memiliki 12 barang mengandungi bahan haram yang dipercayai dapat meningkatkan keinginan seks ketika serbuan dibuat ke atas sebuah kediaman di Taman Sepakat Jaya, Jalan Bako di sini sekitar 1.50 petang, 23 April tahun lepas.

Kesemua produk adalah haram dan melanggar Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di mana ia adalah kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta jualan Dadah 1952.

Peraturan-peraturan itu memperuntukkan denda sehingga RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, dan untuk kesalahan berikutnya, denda lebih berat iaitu boleh didenda sehingga lima tahun atau denda sehingga RM50,000 sabit kesalahan.

Kesemua barang disita dari defendan dan akan dihapuskan susulan arahan Ketua Menteri di bawah Seksyen 13 Akta Jualan Dadah 1952.

Serbuan dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri ke sebuah rumah di mana barangan tidak berdaftar ditemui susulan risikan dan pengawasan mereka.

Ketika ditemui di mahkamah semalam, Sim yang memberitahu dia menjual barang-barang itu daripada pembekal.

Bapa kepada empat anak itu yang merupakan pencari nafkah tunggah untuk keluarga memberitahu, dia membuat semua kerja untuk menanggung keluarga khasnya kedua-dua orang anaknya yang tinggal bersamanya adalah kurang upaya.

Salah seorang dari mereka dikatakan tidak sedar (vegetative) manakala seorang lagi kurang siuman, katanya, sambil menambah anak-anaknya mereka sebelum ini adalah normal sebelum terbabit dalam insiden pergaduhan yang menjejaskan badan dan minda mereka.

Dua lagi anaknya tinggal di tempat lain bersama keluarga masing-masing.

Pendakwaan dibuat oleh Pendakwa Raya Juliet Lau Lu Lin dari Jabatan Kesihatan manakala Sim diwakili peguam Datuk Azrin Ahmat dan Chan Khoon Moh.