Be Grateful, Protect Our Harmony, Stability

0
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, delivers his titah in conjunction with Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah / 2015. | INFOFOTO

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, delivers his titah in conjunction with Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah / 2015. | INFOFOTO

BANDAR SERI BEGAWAN: His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam in a titah reminds the citizens and residents to be more cautious towards all unhealthy elements and influence, not to be complacent and easily deceived, but fortify themselves with the true Bruneian spirit as well as the strongly religious character of Bruneian without copying or being attracted by any propaganda, ©BRUDIRECT.COM reported.com

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam made the titah in conjunction with Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah / 2015 that was broadcast live to the nation last evening.  In the titah, the Monarch stresses that Brunei Darussalam is already very good in other people’s eyes and is in the best position, that there is no longer any dispute to it. Hence His Majesty emphasises, it is appropriate the country continues to strengthen that position without seeking for anything else supposedly better. Outlining Allah the Almighty’s many blessings to the nation, especially the blessing of good life, harmony and stability, His Majesty says it is the people’s obligation to protect it and be grateful.

“Allahu Akbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahi Hamd. Di sa’at yang penuh berkat lagi bahagia ini, tidak ada yang lebih utama untuk dilafazkan melainkan kalimat syukur jua. Kerana apabila nikmat diterima, kita yang menerimanya adalah berkewajiban untuk mensyukurinya. Bersyukur itu adalah sifat orang beriman. Barang siapa yang bersyukur, akan ditambah lagi oleh Allah nikmat yang didapatinya itu. Nikmat Allah sangatlah banyak, sehingga kita tidak dapat menghitungnya. Diantara nikmat paling ketara ialah nikmat kehidupan. Nikmat ini kita jalani selagi ada hayat. Dengan kemurahan Allah juga, kehidupan di negara ini sedang berjalan dengan baik. Tidak terdapat sebarang kekusutan yang boleh menganggu kehidupan kita. Brunei alhamdulillah adalah sunyi dari sebarang krisis, apa juga bentuk krisis. Kita juga tidak pernah mengalami gangguan, seperti yang lumrah di alami oleh orang lain. Dalam bidang sosio-ekonomi saja, kita adalah selamanya harmoni dan stabil, berkat pengurusan yang berhemah lagi adil. Situasi ini perlu kekal, untuk sebuah Brunei yang sejehtera lagi bahagia.”

“Adalah tidak mudah untuk mencapai tahap bahagia itu. Walau saiz besar dan penduduk ramai, jika negeri dibelenggu oleh krisis, maka itu tandanya tidak bahagia. Atau negeri kaya dan makmur, tetapi masih asyik bertelagah, maka itu juga tandanya belum harmoni. Inilah yang mahu kita elakkan untuk Brunei. Tidak mengapa saiz kita kecil, tetapi bersih dari sebarang krisis dan huru hara. Inilah idaman orang, dan inilah yang sebenar-benarnya nikmat itu.”

“Allahu Akbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahi Hamd. Banyak perkara yang boleh dijadikan pengajaran. Setengahnya itu berupa kejadian-kejadian tertentu di luar negara, seperti bencana-bencana alam, kemalangan, dan peperangan. Dari kejadian-kejadian itu, sampai mendatangkan korban yang besar. Terutama musibah peperangan dan pergaduhan, ia adalah dilihat semakin parah dan berlarutan. Dan lebih terkutuk lagi, korban bukan sahaja terdiri dari pihak-pihak yang bertelagah, malahan juga orang awam yang tidak berdosa, termaduk kanak-kanak dan orang tua. Lain lagi, boleh menambahkan derita, apabila muncul dengan tiba-tiba anasir-anasir yang bertopengkan ugama, yang tidak diketahui dengan pasti, dari mana dan siapa mereka? Dan bersebab daripada mereka itu juga, keamanan dan keselamatan turut tergugat.”

“Allahu Akbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahi Hamd. Beta merasa terpanggil untuk mengingatkan rakyat dan penduduk di negara ini, supaya bersikap lebih berhati-hati terhadap segala anasir dan pengaruh yang tidak sihat, dari manapun datangnya mereka. Awas! Jika pintu orang lain boleh di masuki, mengapa kita tidak? Kerana itu jangan lah leka dan mudah terpedaya, tetapi bentengilah diri dengan semangat ke Bruneian yang tulin serta sikap orang-orang Brunei yang kuat berugama, tanpa perlu kita terikut-ikut atau terpesona dengan sebarang propaganda. Yang penting disini ialah, Brunei itu sudahpun cukup bagus dimata semua orang, sehingga tidak berbangkit lagi perkara yang dipertikaikan. Oleh itu adalah wajar, kita terus memperkukuhkan situasi ini tanpa perlu untuk mencari-cari yang lebih baik, kerana kita sebenarnya telahpun berada ditahap ‘yang terbaik’. Status terbaik ini kita miliki sudah lebih dari 600 tahun, dan ianya telah terbukti mampu untuk membawa kita berkembang dan maju. Beta, amatlah berpuas hati dengan apa yang kita ada ini, selaku negara yang terus menerus stabil dan aman. Kewajiban kita hanyalah untuk menjaga dan mensyukurinya.”

“Mesti diingat, ini semua bukanlah diperolehi semata-mata dengan titik peluh, tetapi ia adalah kurnia khusus kepada kita. Mengapa Beta katakan demikian? Kerana bukankah semua orang didunia ini mengimpikannya, tetapi bukan semua yang dapat memilikinya, walaupun dengan kerja keras dan belanja besar. Ia mengingatkan kita kepada janji Allah, bahawa apabila wujud manusia-manusia beriman dan bertkawa, maka mereka itu akan dikurniakan dengan keberkatan yang turun dari langit dan tumbuh dari bumi. Semogalah, apa-apa yang menjadi milik kita hari ini berupa keamanan dan kestabilan itu, adalah ia suatu keberkatan daripada Allah jua.”

“Allahu Akbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahi Hamd. Mengambil kesempatan disini, Beta dan keluarga Beta dengan jernih hati serta sukacita mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sekalian rakyat dan penduduk yang berugama Islam di mana juga mereka berada. Semoga kita semua berada dalam sihat, dapat sama-sama merayakan hari bahagia ini dengan keluarga masing-masing dan juga sahabat handai.”