Warga emas ditemui terbaring di lantai bilik

0

KOTA KINABALU: Seorang warga emas ditemui terbaring di lantai sebuah bilik sewa di Sinsuran 2, di sini pada Jumaat lepas.

Mangsa dikenali sebagai Thien Chee Henn, warga tempatan berumur 54 tahun, disahkan meninggal dunia sebaik dijumpai dalam biliknya sekitar jam 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR) berikutan tiada unsur jenayah pada mangsa.

“Siasatan mendapati tiada kesan pecah masuk atau pergelutan mahupun apaapa barang mangsa hilang selain tidak terdapat sebarang kecederaan pada badan mangsa,” katanya, Chandra berkata mangsa dipercayai terbaring di atas lantai bilik akibat serangan strok berdasarkan kenyataan anak mangsa mengatakan mangsa tinggal seorang diri di biliknya dan sudah lama menghidap penyakit Alzheimer, darah tinggi dan kencing manis kronik.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.