Bola Keranjang Veteran Asean, 10-16 Ogos

0

KUCHING: Kejohanan Bola Keranjang Veteran Asean Ke- 24 akan diadakan di stadium bola keranjang tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dari 10 hingga 16 Ogos depan.

Perasmian kejohanan tersebut dijangka disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Manakala Datuk Bandar MBKS, Datuk James Chan turut dijemput menjadi tetamu bagi majlis penutupannya.

Sebanyak 22 pasukan dari Filipina, Brunei, Indonesia, Thailand dan Semenanjung Malaysia akan menyertai kejohanan tersebut.

Justeru itu, orang ramai adalah dijemput bersamasama hadir menyaksikan dan menyokong pasukan-pasukan kegemaran masing-masing sepanjang kejohanan seminggu itu.