Pelumba Malaysia tawan Litar Iowa

0

Weiron cipta kejayaan ungguli pusingan ke-12 Pro Madza

HARUMKAN NAMA NEGARA: Weiron menaiki podium di tempat pertama sambil menjulang trofi yang dimenangi semasa Pusingan ke-12 perlumbaan Pro Madza di Litar Iowa Speedway, di Iowa, Amerika Syarikat. — Gambar Bernama

HARUMKAN NAMA NEGARA: Weiron menaiki podium di tempat pertama sambil menjulang trofi yang dimenangi semasa Pusingan ke-12 perlumbaan Pro Madza di Litar Iowa Speedway, di Iowa, Amerika Syarikat. — Gambar Bernama

SINGAPURA: Pelumba Malaysia, Weiron Tan mencipta satu lagi kejayaan apabila menjuarai pusingan ke-12 perlumbaan Pro Madza di Litar Iowa Speedway, di Iowa, Amerika Syarikat.

Dalam penampilan kedua dalam litar berbentuk bujur itu, pelumba kereta pasukan #22 Andretti Autosport itu mendahului setiap pusingan perlumbaan 100-pusingan itu sebelum melintas garisan penamat dengan kelebihan 9.7 saat daripada rakan sepasukan.

Pada sesi kelayakan, Tan menduduki tempat ketiga tetapi memperoleh petak utama selepas pegawai perlumbaan mendapati tiga pelumba telah melanggar peraturan perlumbaan.

Sebaik sahaja bendera hijau dikibarkan, Tan memecut dan terus mengawal perlumbaan dengan mendahului pencabar terdekat dengan jarak lebih empat kenderaan.

Biarpun litar pelumbaan ditutup sementara, Tan memulakan perlumbaan semula apabila memperagakan kemahiran cemerlang menguasai litar berbentuk bujur sepanjang 1.408km, untuk merangkul kejuaraan keempat musim ini.

Mengulas kejayaan tersebut, Tan dalam kenyataan di sini mengucapkan tahniah kepada pasukan kerana membantu mencapai keputusan cemerlang apabila pasukan itu memenangi tempat pertama dan kedua.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di Litar Mid- Ohio Sports Car di Lexington, Ohio dari 30 Julai hingga 2 Ogos ini. — Bernama