TYT dan isteri kunjungi rumah pemimpin di Miri

0
ADAT TRADISI: TYT dan rombongan disambut dengan persembahan pencak silat sebaik tiba di kediaman Rosey (lima kanan) untuk kunjungan Hari Raya pada hari ketujuh di Miri, semalam.

ADAT TRADISI: TYT dan rombongan disambut dengan persembahan pencak silat sebaik tiba di kediaman Rosey (lima kanan) untuk kunjungan Hari Raya pada hari ketujuh di Miri, semalam.

MIRI: TYT Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib menerus kunjungan raya pada hari ketujuh dengan mengunjungi kediaman beberapa wakil rakyat dan ketua masyarakat Melayu di sini semalam.

Kunjungan dimula dengan mengunjungi kediaman Temenggung Abdul Rahman Fadzail diikuti Datuk Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman iaitu pengerusi Persatuan Melayu Miri (PMM) dan kediaman bekas senator Datuk Abdillah Abdul Rahim  terletak di Piasau Jaya di sini.

TYT dan rombongan turut mengunjungi kediaman Talhah Mansor di Piasau Jaya Fasa 1 di sini serta seorang ahli korporat yang juga mantan ADUN Lambir, Datuk Yusuf  Sani Wahab di Jalan Pujut 7D.

Rombongan kehormat itu kemudian menjengah ke kediaman ADUN Lambir, Ripin Lamat dan seterusnya menikmati hidangan makan tengah hari di situ.

Pada sebelah petangnya, Tun dan isteri serta rombongan meneruskan kunjungan dengan mengunjungi kediaman Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga, Rosey Yunus di Taman Bumiko di sini.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom dan isteri serta beberapa menteri kabinet yang lain.

Siri kunjungan TYT dan isteri ke Miri kali ini diakhiri dengan mengunjungi kediaman Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang di Kampung Luak di sini sebelum berangkat ke Sibu petang semalam.