Lelaki maut kereta rempuh pokok

0
KECEMASAN: Anggota JPAM tiba di lokasi bagi memberi bantuan awal serta menghantar mangsa ke HUS.

KECEMASAN: Anggota JPAM tiba di lokasi bagi memberi bantuan awal serta menghantar mangsa ke HUS.

KUCHING: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di Jalan Stutong di sini, semalam.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Jee Jit Tong, 47, dari Beratok, Batu 21 Jalan Kuching-Serian, dikatakan menuju ke tempat kerja di Batu Empat, Jalan Penrissen sekitar jam 8 pagi.

Bagaimanapun semasa tiba di tempat kejadian, kereta jenis Perodua Alza yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas merempuh sebatang pokok.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun, dia yang menerima rawatan di Zon Merah disahkan meninggal dunia petang semalam, dipercayai akibat kecederaan dalaman.

Polis sedang menyiasat.