136 pemain golf sahkan penyertaan pada Golf Masters Amatur Senior Sarawak

0

KUCHING: Seramai 136 pemain golf mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Golf Masters Amatur Senior Sarawak Edisi Ke-2 yang akan diadakan di Samarahan Country Club (SCC) pada 1-2 Ogos ini.

Antara yang turut memberi saingan ialah Presiden Sarawak Senior Golfers Society of Sarawak, Ting Kuok Ing dan Presiden Persatuan Golf Sarawak (SGA), Hoan Kee Hock.

Manakala kelab-kelab yang telah mengesahkan penyertaan adalah Kelab Golf Sarawak (KGS), Kelab Golf Bintulu, Kelab Golf Miri, Damai Golf and Country Club, Sarawak Junior Golf First Association, Kelab Golf Sibu, SCC, kelab dari Sabah dan Pantai Mentiri, Brunei.

Ke j ohanan t e r s ebut mendapat sokongan SGA di mana ia terbuka kepada semua pemain golf senior berumur 55 tahun ke atas pada 1 Ogos, 2015 dengan handikap NHS 33.2 (Handikap 36).

Pertandingan ditentukan mengikut permainan pukulan dalam dua pusingan sebanyak 18 lubang.

Juara keseluruhan akan membawa pulang trofi cabaran sumbangan Datuk Mohamad Amin Satem.

Sebanyak 10 hadiah bagi kategori ‘gross’ manakala lapan untuk ‘nett’ ditawarkan kepada pemenang.

Ini termasuk hadiah lumayan RM5,000 bagi pemenang ‘hole-in-one’ di setiap Par 3.

Hadiah lain termasuk pemenang bagi kumpulan kategori umur dan pemenang kategori ‘gross’ dan ‘nett’ individu harian.

Selain itu, sebanyak 40 hadiah sumbangan Transview Golf, Choice World Supermarket dan Tanahmas Hotel, Sibu menanti pemenang cabutan bertuah.

Sementara i tu, Senior Golfers Society of Sarawak sedang dalam proses mengambil ahli baharu dan mereka yang belum mendaftar boleh berbuat demikian semasa kejohanan itu nanti.