Pacquiao kongsi kegemilangannya

0
BERSEMANGAT: Rahman (berdiri, lima kanan) dan Azman (lima kiri) memberi ‘pose’ istimewa bersama pegawai Kem Muara Tuang dan SABA semasa lawatan Selasa lalu.

BERSEMANGAT: Rahman (berdiri, lima kanan) dan Azman (lima kiri) memberi ‘pose’ istimewa bersama pegawai Kem Muara Tuang dan SABA semasa lawatan Selasa lalu.

Juara tinju dunia itu benarkan petinju SUKMA Sarawak asah kemahiran di pusat tinju miliknya di Manila

KUCHING: Skuad tinju SUKMA Sarawak berpeluang menimba pengalaman dengan juara tinju dunia, Manny Pacquiao selepas petinju itu untuk bekerjasama dengan Persatuan Tinju Sarawak (SABA).

Presiden SABA, Dato Rahman Lariwoo berkata pihaknya sebelum ini telah berhubung dengan Manny bagi membincangkan cadangan untuk membawa petinju SUKMA XVIII Sarawak menjalani latihan di pusat tinju milik jaguh itu di Manila, Filipina.

TA00989 “ K i t a berasa sangat gembira dan bertuah selepas Manny (Pacquiao) menyatakan persetujuan untuk membenarkan kita menggunakan pusat tinju miliknya bagi melatih petinju SUKMA kita.

“Bukan itu sahaja, beliau juga akan membantu mencari rakan ‘sparring’ bagi petinju kita semasa latihan pendedahan itu nanti,” ujar Rahman ketika menjelaskan perkara itu semalam.

Menurutnya, ini peluang terbaik bagi petinju negeri menimba seberapa banyak ilmu dari jaguh dunia itu terutama dalam memantapkan teknik serta kemahiran untuk menghadapi SUKMA XVIII 2016 nanti.

Beliau menambah, program latihan itu dijangka akan diadakan selepas penganjuran Kejohanan Tinju Golden Glove yang akan diadakan pada 14-20 September 2015.

Mengulas mengenai Kejohanan Tinju Golden Glove, Rahman berkata persiapan untuk menganjur kejohanan kebangsaan itu berjalan dengan lancar dengan pusat jualan Medan Niaga Satok, Petra Jaya dijangka dipilih sebagai venue kejohanan.

Sementara itu, Rahman merakamkan penghargaan terhadap Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw kerana memberi peluang kepada petinju SUKMA untuk menjalani latihan di Ibu Pejabat Tentera Divisyen 1, Kem Muara Tuang, Kota Samarahan.

“SABA akan mengadakan pemilihan atlet pada 22-23 Ogos depan untuk mencari 18 petinju bayangan yang akan menjalani latihan berpusat di Kem Muara Tuang sehingga SUKMA XVIII bermula,” ujar beliau.

“Kem Muara Tuang dipilih sebagai pusat latihan petinju Sarawak kerana ia mempunyai fasiliti yang lengkap serta jurulatih yang berpengalaman.

“Ini akan memudahkan proses latihan petinju selain memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan untuk meningkatkan mutu petinju negeri,” jelas beliau lagi.

Rahman menjelaskan lagi, latihan berpusat tersebut akan dipantau oleh Ketua Jurulatih Sarawak, Fred Mandagi.

Terdahulu, delegasi SABA diketuai Rahman sendiri telah mengadakan lawatan ke kem berkenaan pada Selasa lalu.

Mereka telah disambut oleh Pegawai Pemerintah Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (RRD), Leftenan Kolonel Azman Zainuddin dan Pengurus Pasukan Tinju Divisyen 1, Mejar Nizam Nor Amri Johari.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Kejohanan Tinju Golden Glove, hubungi Setiausaha Saba, Azli Karim di talian 019-8211975 atau 01118557579.