Adenan dan Jamilah beraya bersama penduduk Niah

0

Oleh Steve Annuar//

 

BESARNYA: Ketua Menteri ditemani isteri kagum dengan saiz udang yang disajikan di salah sebuah gerai Hari Raya.

BESARNYA: Ketua Menteri ditemani isteri kagum dengan saiz udang yang disajikan di salah sebuah gerai Hari Raya.

KEHADIRAN Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu menyerikan lagi Majlis Melanggar Meja dan Ramah Mesra Aidilfitri bersama penduduk Niah dan sekitarnya pada malam Khamis lalu.

Hujan renyai bukan penghalang penduduk untuk membanjiri persekitaran Dewan Masyarakat Sepupok Niah untuk meraikan Hari Raya bersama pemimpin kesayangan mereka itu.

Kehadiran Adenan disambut oleh ADUN Bekenu yang juga Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus, seterusnya membawa mereka melawat gerai-gerai Hari Raya.

Sebanyak 50 gerai yang melibatkan kampung dari kawasan Lambir, Sibuti dan Niah menyaji hidangan enak Hari Raya untuk ribuan pengunjung yang hadir.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, tarian serta cabutan bertuah.

Rombongan kehormat lain yang hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) Datuk Stephen Rundi Utom, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin Lamat, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Yusuf Sani Wahab dan Residen Miri Antonio Kahti Galis.