Liga Super: Sarawak ikrar tidak beri laluan mudah kepada JDT

0
LATIHAN: Pemain Sarawak meningkatkan latihan sebagai persiapan menentang JDT di Stadium Negeri Kuching malam ini.

LATIHAN: Pemain Sarawak meningkatkan latihan sebagai persiapan menentang JDT di Stadium Negeri Kuching malam ini.

KUCHING: Sarawak berikrar tidak akan memberi laluan mudah kepada Johor Darul Takzim (JDT) apabila keduadua pasukan bersemuka pada saingan Liga Super 2015 di Stadium Negeri malam ini.

Ketua Jurulatih Sarawak, Fuad Grbesic berkata sekalipun jurang antara keduadua pasukan begitu ketara ia bukan alasan bagi skuad Harimau Selatan itu untuk mudah menjinakkan anakanak buahnya.

Sebaliknya, Fuad merangka strategi istimewa untuk menghampakan impian JDT membawa pulang mata malam ini.

“Kita tahu JDT sebuah pasukan hebat dan berada dalam prestasi kemuncak.

Namun, saya percaya semua pemain kita tidak memberi laluan mudah dan mampu mengejutkan mereka,” katanya di sini semalam.

Menurut Fuad, semua pemain sudah mula menerima corak latihan dan menunjukkan perubahan positif selepas beliau mula mengambil alih tugas ketua jurulatih Sarawak pada awal bulan ini.

Sarawak akan turun tanpa penyerang import, Ryan Griffiths yang digantung satu perlawanan.

Turut direhatkan pemain sayap, Ashri Chuchu yang mengalami ‘harmstring’.

“Ketiadaan mereka sedikit menjejaskan perancangan saya namun tidak menghalang misi kita untuk mengutip mata,” ujar Fuad.

Menurut beliau, Sarawak masih mempunyai ramai pemain yang mampu menggalas tugas ditinggalkan oleh kedua-dua pemain itu.

Apa yang penting pemain harus menunjukkan komitmen dan tidak lari fokus serta mengikut apa yang dirancang dan saling bekerjasama.

Sarawak amat memerlukan kemenangan untuk keluar dari zon penyingkiran selepas mengalami empat kekalahan berturut-turut.

Skuad Ngap Sayot kini menghuni tangga ke-10 selepas hanya mengumpul 13 mata daripada 15 perlawanan liga setakat ini.