Mimpi ngeri hantui Sarawak

0
HALANG: Pertahanan Sarawak melakukan kawalan terhadap penyerang JDT pada perlawanan pusingan kedua Liga Super 2015 di Stadium Negeri Kuching malam tadi. — Gambar Jeffrey Mostapa

HALANG: Pertahanan Sarawak melakukan kawalan terhadap penyerang JDT pada perlawanan pusingan kedua Liga Super 2015 di Stadium Negeri Kuching malam tadi. — Gambar Jeffrey Mostapa

Tumpas 2-0 di tangan JDT pada aksi Liga Super di Stadium Negeri malam tadi

Oleh Harry Illias //

KUCHING: Sarawak terus dihantui mimpi ngeri apabila tumpas 2-0 di pangkuan Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi menarik saingan Liga Super 2015 di Stadium Negeri di sini malam tadi.

Sarawak memulakan aksi agak baik seawal perlawanan dengan percubaan pertama pada minit kesembilan oleh Ivan Fatic menerusi sepakan percuma namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol JDT.

Namun, sebelum itu percubaan pemain JDT juga menerusi sepakan percuma pada minit ketujuh berjaya diselamatkan penjaga gol Sarawak, Mohd Iqbal Suhimi.

Perlawanan babak pertama seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan masing-masing.

Minit ke-15, giliran Patrick Gerhardt melakukan percubaan jarak jauh bagaimanapun bola rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol JDT.

Begitu juga pada minit ke-18 percubaan baik daripada Ivan namun tersasar dan terselamat pintu gawang JDT.

JDT membariskan pemain- pemain bertaraf bintang melakukan asakan bertubi- tubi dan peluang terbaik mereka menjelma menerusi pemain importnya, Luciano Figueroa yang hampir-hampir menjaringkan gol pada masa kecederaan.

Babak kedua, JDT terus mengasak kubu Ngap Sayot dengan percubaan baik daripada pemain berpengalaman, Amry Yahyah pada minit ke-55 namun berjaya ditepis keluar oleh Mohd Iqbal.

Serangan bertali arus JDT bagaimanapun membuahkan hasil pada minit ke- 64 menerusi sentuhan berbisa Amri Yahyah.

Ketinggalan 0-1, Sarawak cuba memburu gol penyamaan namun asakan demi asakan gagal menemui sasaran.

Bagaimanapun, JDT hampir- hampir menambah jaringan kedua menerusi Luciano pada minit ke-72 namun tandukan terbangnya gagal menerjah jaring Sarawak.

Namun, Luciano tetap menjadi igauan ngeri buat Sarawak apabila pemain itu berjaya meledakkan gol kedua JDT pada minit ke-90.

Tama t p e r l awa n a n , Sarawak kempunan mengutip mata di kandang sendiri apabila tewas 2-0 manakala JDT tersenyum lebar setelah berjaya meraih tiga mata penuh dengan kemenangan itu.