114 orang terima darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak

0
TAHNIAH: Tun Taib menyemat Pingat Pegawai Bintang Sarawak kepada Pemanca Sahari Ghani.

TAHNIAH: Tun Taib menyemat Pingat Pegawai Bintang Sarawak kepada Pemanca Sahari Ghani.

KUCHING: Seramai 114 orang menerima darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Mengetuai senarai penerima pada majlis yang diadakan di Astana Negeri ialah Pemanca Sahari Gani yang menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (PBS) bersama seorang lagi penerima, Tan Hock Heng.

Penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pengawai Bintang Kenyalang (PBK) adalah seramai lima orang dan seramai enam orang menerima Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB).

Manakala Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (ABS) menyaksikan seramai 53 orang penerima.

Sementara itu, Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) diberikan kepada 12  penerima.

Bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (BBS) telah disampaikan kepada 36 penerima.

Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Ssri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil.