Kunjungi Hari Maklumat Executive College Sabtu ini

0
MARI SERTAI: Executive College (EC) akan mengadakan Hari Maklumat di kampusnya di Crown Square pada 15 Ogos 2015 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

MARI SERTAI: Executive College (EC) akan mengadakan Hari Maklumat di kampusnya di Crown Square pada 15 Ogos 2015 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

KUCHING: Executive College (EC) akan mengadakan Hari Maklumat di kampusnya di Crown Square pada 15 Ogos 2015 (Sabtu) dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Acara satu hari itu akan bertemakan ‘ Hi-Tea with Programme Head’, di mana ibu bapa dan bakal pelajar berpeluang untuk bertemu dengan ketua program bagi mendalami tentang kursus yang ditawarkan di EC.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati suasana jamuan ‘Hi-Tea’ dengan ‘finger foods, coffee and tea’.

Program pada majlis itu juga termasuk ujian personaliti bagi bakal pelajar untuk mengetahui kursus dan jenis kerjaya yang sesuai dengan mereka, sesi kaunseling pelajar, demonstrasi kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif di EC, lawatan kampus dan sesi permainan interaktif dengan pelbagai hadiah misteri.

Pengambilan EC September 2015 kini dibuka untuk pendaftaran.

EC menawarkan ‘Foundation in Arts and Diploma in Quantity Surveying’ yang menawarkan laluan ke program Ijazah Sarjana Muda di universiti berprestij dalam Malaysia, Australia, United Kingdom dan Singapura.

EC juga menawarkan ‘Bachelor of Business Administration (Hons)’ dan ‘Bachelor of Technology (Hons) in Construction Management’ dengan kerjasama University Kuala Lumpur (IUKL).

EC dilengkapi dengan kemudahan pengajaran yang maju daripada kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang paling berteknologi tinggi untuk pelajar-pelajarnya.

Dengan integrasi kemudahan canggih dan berteknologi tinggi seperti iPad dan TV interaktif untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran, EC telah menjadi sebuah institusi pendidikan yang benar-benar memenuhi inovasi.

Pelajar didedahkan kepada kaedah pembelajaran dan pengetahuan menggunakan teknologi praktikal setanding dengan permintaan pasaran semasa dan akan datang.

Setiap pelajar baharu di EC akan mendapat iPad mini percuma sebagai alat pembelajaran bersepadu.

Pelajar di EC tidak lagi menggunakan buku-buku teks kerana semua bahan-bahan pembelajaran, pemberian dan tugasan mereka diakses dalam iPad mereka.

Pembelajaran tidak lagi terhad di dalam kelas tetapi boleh diadakan serta berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus dan bantuan kewangan yang disediakan di EC, lawati kampus di Tingkat 2, Crown Square, 88 Jalan Pending, 93450 Kuching dari jam 8 pagi hingga 5 petang atau hubungi 082-345680 untuk maklumat lanjut.