Bot nelayan gaji nelayan tanpa dokumen ditahan

0

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini menahan sebuah bot nelayan dengan lapan warga Filipina di dalamnya, di perairan Labuan pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa APMM, Kapten Che Adnan Md Isa berkata mereka yang ditahan berumur antara 30 dan 50 tahun, serta bot itu kemudian dibawa ke jeti APMM untuk siasatan lanjut.

Katanya, bot yang didaftarkan di Malaysia itu dipintas kira-kira pukul 10.10 pagi ketika agensi berkenaan melakukan rondaan di perairan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati tujuh awak-awak dan seorang tekong adalah warga Filipina.

“Pemeriksaan lanjut mendapati hanya seorang daripada mereka melanggar Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas sosialnya untuk bekerja dan kami akan serahkannya kepada imigresen,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baki tujuh awak-awak dan tekong mempunyai dokumen yang lengkap dan dibebaskan, katanya.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. — Bernama