Internet: Ketua masyarakat ditahan kerana didakwa memiliki senapang patah

0

SIBU: Tidak semua dipelajari daripada Internet membawa kebaikan sebaliknya seorang ketua masyarakat terpaksa menerima padah apabila ditahan kerana didakwa memiliki senapang patah dan komponen senjata api dan senjata berbahaya di sebuah rumah, Taman Indah di sini pagi semalam.

Suspek lelaki terbabit berumur 48 tahun ditahan sekitar jam 12.35 pagi oleh pasukan polis Cawangan JSJ (D4) diketuai Inspektor Mohd Firdaus Safuan.

Semasa pemeriksaan, polis menjumpai selaras senapang patah serta sarung senjata, empat batang Udi iaitu kayu senapang patah yang siap, tiga belum siap, empat pemegang kayu senapang patah yang siap, empat laras senapang kayu ikan buatan sendiri (lengkap) dan tujuh batang besi dipercayai digunakan sebagai busur senapang ikan.

Difahamkan semua senapang ikan dan komponen adalah milik suspek dan hanya selaras senapang patah dimiliki rakannya dipercayai dihantar kepadanya untuk diperbaiki tiga hari lalu.

Suspek merupakan seorang tuai rumah di Sungai Assan sejak setahun lalu dikatakan mempunyai kemahiran dan membaiki senapang patah selepas belajar melalui Internet.

Walaupun suspek mempunyai lesen membaiki (membaik senjata sendiri) sejak mendapat lesen dua tahun lalu namun beliau dipercayai mengambil upah membaiki senjata yang rosak sekiranya terdapat permintaan.

Suspek juga mempunyai senjata api jenis ‘shotgun single barrel’ dan mempunyai lesen Carry & Use (C&U) sendiri.

Difahamkan suspek mempunyai isteri dan empat orang anak pekerjaan tetap, kerja sendiri dan mendapat elaun RM480 khidmatnya sebagai ketua masyarakat di kawasan berkenaan.

Ketua polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi ditemui berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7 (1) Akta Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958.

“Suspek direman selama tiga hari sehingga 19 Ogos ini sementara siasatan lanjut dijalankan,” katanya.