Sepak Takraw Regu Terbuka B20 pada 4-5 Sept

0

KUCHING: Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Regu Terbuka Bawah 20 Tahun Peringkat Bahagian Kuching dan Samarahan pada 4 dan 5 September depan.

Kejohanan selama dua hari itu akan diadakan di dua venue iaitu Dewan Serbaguna, Kampung Segedup dan Dewan Lada, Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan.

Menurut kenyataan PSS semalam, empat pasukan yang layak dari kedua-dua venue akan berentap dalam aksi separuh akhir di Dewan Sepak Takraw PSS, Jalan Stadium pada 6 September.

Setiap regu dikenakan yuran sebanyak RM20 dan borang boleh diperolehi dengan menghubungi Amat Teni (010- 8151567).

Borang yang telah siap diisi boleh dihantar kepada Rashidi Solek (013-8164007), Jaffary Idris (013-8159844) dan Amat Teni (010-8151567) di Kuching.

Manakala di Samarahan boleh menghantar borang kepada Tedong Bugak (019-8817070), Nurudin Pawi (017-3394149) dan Aziman Samat (019- 4670004).

Tarikh tutup penyertaan pada 31 Ogos ini.