Pahang yakin kemampuan Sarawak

0
S I D A N G MEDIA: Affandi (kiri) menjawab pertanyaan d i a j u k a n oleh wartawan semasa sidang media bersama Johari semalam.

S I D A N G MEDIA: Affandi (kiri) menjawab pertanyaan diajukan oleh wartawan semasa sidang media bersama Johari semalam.

Pahang berpuas hati dengan persiapan tuan rumah untuk menganjurkan temasya SUKMA XVIII 2016

Oleh Harry Illias //

KUCHING: Kont injen Pahang Darulmakmur yakin dengan kemampuan Sarawak untuk menganjur SUKMA XVIII 2016 dengan lancar dan berjaya.

Menteri Belia dan Sukan Pahang Datuk Mohd Johari Hussain menyuarakan keyakinan itu selepas diberi taklimat berhubung penyediaan dan penyelarasan temasya tahunan berkenaan oleh Sekretariat SUKMA XVIII Sarawak 2016 bertempat di Stadium Perpaduan, Petra Jaya semalam.

Beliau yang mengetuai 16 delegasi kontinjen SUKMA Pahang ke Sarawak berkata amat berpuas hati dengan persiapan tuan rumah dari aspek penyediaan fasiliti serta perancangan untuk menganjur kejohanan berprestij itu di semua venue yang telah ditetapkan.

“Melihat kepada kesungguhan dan kapasiti Sarawak sebagai tuan rumah, kita yakin penganjuran SUKMA XVIII 2016 dapat berjalan dengan baik dan lancar,” katanya pada sidang media semalam.

“Kontinjen Pahang juga bersedia menyahut apa jua cabaran untuk menghadapi SUKMA 2016 khususnya kos pengangkutan yang kita anggar berjumlah RM1.5 juta.

” Menurut Johari, Pahang masih belum memutuskan jumlah sebenar kontinjen yang akan dibawa ke Sarawak pada tahun depan.

Namun, pihaknya berikrar untuk memastikan Pahang berjaya mengekalkan rekod 34 emas yang dikutip semasa SUKMA 2014 di Perlis.

“Ki ta mengharapkan komitmen terbaik daripada semua pegawai, jurulatih serta atlet dalam memberikan saingan pada SUKMA 2016,” tambahnya.

S e – mentara itu, Koordinator SUKMA XVIII Sarawak, Affandi Keli menggesa semua kontinjen negeri lain memberikan cadangan secepat mungkin berkaitan pindaan peraturan am dan tetap acara sukan yang akan dipertandingkan.

Tegasnya, semua cadangan tersebut perlu diputuskan pada 1 September ini.

Affandi berkata demikian berhubung cadangan kontinjen negeri untuk menye r t a k a n a c a r a ‘poomsae’ dalam acara taekwondo pada SUKMA 2016.

Ini termasuk cadangan oleh Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) untuk menambah tiga lagi pingat emas dipertandingkan dalam acara skuasy berbanding empat emas yang ditetapkan sebelum ini.

Selain itu, Affandi tidak menolak kemungkinan perubahan dilakukan terhadap venue acara yang telah ditetapkan.

“Semua venue hanya akan diputuskan selepas ia diperiksa dan mendapat kelulusan dari persatuan kebangsaan masing-masing.

“Persatuan kebangsaan akan mengadakan mesyuarat pada September depan bersama jawatankuasa teknikal khas SUKMA XVIII dan dipengerusikan oleh Majlis Olimpik Negara (OCM),” jelas Affandi.

SUKMA XVIII akan berlangsung dari 22 hingga 31 Julai di Kuching, Sibu dan Miri dengan mempertaruhkan 382 pingat emas.

Ia mempertandingkan 24 acara sukan iaitu akuatik (renang/ terjun), bola sepak, memanah, menembak, olahraga, pencak silat, taekwondo, wushu, badminton, berbasikal, angkat berat, boling padang, hoki (lelaki/wanita), karatedo, sepak takraw, tenpin boling, perahu layar, skuasy, gimnastik artistik, tenis, golf, petanque, tinju dan bola tampar dewan/pantai.