Pertandingan Piala Saudara & Saudari kembali 29-31 September

0

KUCHING: Temasya tahunan, Pertandingan Piala Saudara & Saudari kembali menemui peminat sukan kriket tempatan dengan ia dijadual berlangsung dari 29 hingga 31 September depan.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Malaysia (MCA) itu akan diadakan di dua venue iaitu Piala Saudara akan diadakan di Mutiara Rini Oval, Skudai, Johor manakala Piala Saudari berlangsung di Kallang Oval, Singapura.

Bagi kategori lelaki, pasukan bertanding akan menempuh perlawanan ‘innings’ selama tiga hari manakala pasukan kategori wanita akan bersaing dalam tiga aksi 20 perlawanan.

Kejohanan Piala Saudara telah bermula sejak 1970 dengan pertandingan terakhir yang diadakan di Singapura terpaksa ditangguh akibat hujan lebat.

Manakala Kejohanan Piala Saudari mula diperkenalkan pada tahun lepas dengan dimenangi oleh Malaysia semasa diadakan di Kinrara Oval.

Skuad lelaki negara dilatih oleh Bilal Asad dengan Ahmad Faiz Mohd Noor sebagai kapten dan Shanker Retinam bertindak sebagai Pengurus Pasukan.

Pemain lain termasuk Mohd Anwar Aruddin (naib kapten), Mohd Shafiq Mohd Shafiq, Mohd Shukri Abdul Rahim, Muhammad Faruq Hakimin Azmi, Abdul Rashid Ahad, Muhammad Syahadat Ramli, Dhivendran Mogan, Kogilan Muthu, Sivanantha Gobal Krishnan, Pasha Syafiq Ali, Derek Micheal Duraisingam, Mohd Fikri Makram dan Kavintheran Kumar.