Seri Manjung catat penurunan bacaan IPU

0

KUALA LUMPUR: Kawasan Seri Manjung di Perak mencatat penurunan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan bacaan 99 dan kembali berada dalam kategori sederhana setakat jam 5 petang semalam, berbanding 101 yang dikategorikan tidak sihat pada 11 pagi semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), selain Seri Manjung, bacaan IPU sederhana turut dicatatkan di Universiti Sains Malaysia (97), Bakar Arang (96), Seberang Jaya 2, Samarahan dan Batu Muda masing-masing 92, diikuti Pelabuhan Klang (91) dan Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh serta Shah Alam 90.

Bacaan IPU sederhana juga dicatat di Putrajaya dan Jalan Tasek di Ipoh masing-masing 86, Cheras (85), Banting, Kuala Selangor dan Petaling Jaya 84, Kampung Air Putih di Taiping dan Perai (83), Kuching (78), Nilai dan Sri Aman (77), Seremban (75), Muar (73) dan Larkin Lama serta Bukit Rambai (72).

Kualiti IPU sederhana turut direkodkan di Langkawi, Alor Setar dan Port Dickson masing- masing pada 71, diikuti Pasir Gudang (70), Bandaraya Melaka (69), Jerantut (67), Balok Baru dan Sarikei (65), Kuala Terengganu (61), Kangar (60), Sibu (59), Keningau (58) dan Tawau (56).

Sementara itu, enam lagi kawasan yang mencatatkan IPU sederhana ialah Wilayah Persekutuan Labuan dan Bintulu yang berkongsi bacaan sama iaitu 55, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Chat di Kota Bharu (54), Tanah Merah (53), Sandakan (52) dan Tanjung Malim (51).

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http:// www.doe.gov.my untuk mengetuai bacaan IPU di kawasan mereka.  — Bernama