Putera Kuala Lawas sedia kocak Sungai Limbang

0

LIMBANG: Raja Sungai Brunei 2015, Pasukan Putera Kuala Lawas (PKL) sudah bersedia untuk mengocak kembali Sungai Limbang sekali gus menyasarkan untuk menggenggam mahkota kejuaraan Raja Batang Limbang sempena Pesta Limbang dan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak, hujung minggu ini.

Ketua Kontinjen PKL Awang Damit Ali Hasan berkata anak-anak buahnya sudah melakukan persediaan rapi dari segi mental, fizikal dan psikologi termasuk mengadakan latihan intensif selama sebulan di Sungai Kuala Lawas.

Beliau berkata, sebanyak sembilan buah perahu dipertaruhkan untuk acara lumba perahu musim ini bagi memberi saingan sengit kepada peserta lain membabitkan wilayah di utara Borneo, Sarawak dan Brunei Darussalam.

“Kita akan menampilkan LIMBANG: Raja Sungai Brunei 2015, Pasukan Putera Kuala Lawas (PKL) sudah bersedia untuk mengocak kembali Sungai Limbang sekali gus menyasarkan untuk menggenggam mahkota kejuaraan Raja Batang Limbang sempena Pesta Limbang dan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak, hujung minggu ini.

Ketua Kontinjen PKL Awang Damit Ali Hasan berkata anak-anak buahnya sudah melakukan persediaan rapi dari segi mental, fizikal dan psikologi termasuk mengadakan latihan intensif selama sebulan di Sungai Kuala Lawas.

Beliau berkata, sebanyak sembilan buah perahu dipertaruhkan untuk acara lumba perahu musim ini bagi memberi saingan sengit kepada peserta lain membabitkan wilayah di utara Borneo, Sarawak dan Brunei Darussalam.

“Kita akan menampilkan kelainan termasuk mengetengahkan muka-muka baharu berusia 19 tahun hingga 52 tahun, selain mengekalkan muka-muka lama dengan semangat baharu dan komitmen tinggi untuk memburu gelaran juara,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Awang Damit berkata, kontinjen PKL yang disertai 130 orang telah melakukan persiapan rapi di bawah Pengurus Abdul Kadir Bayan.

Katanya, berbekalkan prinsip ‘Do It Together’ (Bekerjasama) beliau mahu anakanak buahnya terus fokus untuk mencapai kejayaan berterusan.

Beliau menjelaskan, selain aktiviti untuk pemanas badan, Pesta Limbang 2015 hujung minggu ini satu indikator kepada pasukannya untuk mempertahankan gelaran juara pada saingan Raja Sungai Brunei 2016.

“Bertandinglah dengan penuh semangat kesukanan, teruskan mencuba untuk mencapai kejayaan (juara),” katanya lagi.

Sebanyak 36 penyertaan akan memeriahkan acara Regata Limbang yang bukan sahaja menyaksikan Sungai Lawas berkocak lagi, tetapi juga memburu ganjaran dan gelaran Raja Batang Limbang 2015.