Program Santai Semarak Merdeka di pekan Kanowit

0

KANOWIT: Komuniti 1Malaysia (K1M) pekan Kanowit dan penduduk Kampung Hilir di sini mengadakan Program Santai Semarak Merdeka, malam kelmarin.

Penganjuran program itu bertujuan menghayati erti kemerdekaan dan menghargai jasa serta pengorbanan mereka yang terdahulu mewariskan nikmat kemerdekaan kepada generasi sekarang.

Hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail dan Pengerusi Surau Darul Ikhsan Kampung Hilir Sulaiman Hassan.

Program itu membolehkan ahli-ahli K1M serta penduduk kampung berhimpun bagi meraikan Bulan Kemerdekaan.

Sementara itu, Wan Mohd Zuki mengajak rakyat sentiasa berasa bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang dan lupa sumbangan pejuang terdahulu.

“Nikmat merdeka ini membolehkan kita hidup aman damai dengan semangat perpaduan dijadikan asas kehidupan masyarakat majmuk di negara ini,” jelasnya.

Katanya generasi muda sebagai pelapis kesinambungan legasi wajar lebih berjiwa besar melalui teladan ditunjukkan generasi terdahulu.

“Semai sikap kekitaan dan jadikan tema ‘Sehati Sejiwa’ sebagai landasan lebih berjiwa patriotik dan bersatu padu,” katanya.