Abdullah ucap terima kasih penganjur pastikan perhimpunan berlangsung aman

0

KUCHING: Ketua Setia-usaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol meluahkan rasa gembira dan terima kasih kepada penganjur perhimpunan BERSIH 4 di sini Sabtu lepas kerana menunaikan janji memastikan ia berlangsung aman dan mengikut peraturan.

“Saya tidak pasti apa yang berlaku tetapi majoriti memberitahu ada unsur campur tangan beberapa ahli politik daripada DAP, telah menyebabkan gangguan serta rasa tidak selesa dalam kala-ngan peserta perhimpunan.

“Saya turut difahamkan, berlaku perbalahan antara pihak DAP dengan penganjur, iaitu Nicholas Mujah dan Peter John Jaban mengenai bagaimana perhimpunan itu harus diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan BERSIH 4 yang dihentikan lebih awal oleh penganjur berbanding jadual asal.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata ramai peserta perhimpunan dua hari lepas berasa kecewa dan keliru.

“DAP mahu melakukan kempen politik (ketika perhimpunan berlangsung) dengan memberi ceramah tentang situasi di Semenanjung Malaysia tetapi sebaliknya bagi pihak diketuai Mujah dan Peter mahu bercakap mengenai hak-hak Sarawak seperti dalam kempen S4S mereka sebelum ini,” ujar-nya.

Salah faham antara kedua-dua pihak itu menurutnya telah menyebabkan ‘Pesta Hari Pra-Kemerdekaan’ di Padang Song Kheng Hai ber-akhir dengan gangguan dan DAP menyalahkan penganjur sebagai pengecut.

“Chong Chieng Jen (pengerusi DAP Sarawak) berkata salah satu objektif utama BERSIH 4 ialah ‘mempertahankan hak untuk berbeza pendapat’ dan menyebabkan kerajaan berasa ‘gelisah’.

“Malah Chong tidak boleh berkompromi dengan perkara yang berbeza antara mereka dan seperti kelazimannya, DAP selalu cuba menunjuk-kan sikap sombong mereka,” katanya.

Abdullah menambah: “Saya berpendapat DAP yang seharusnya berasa ‘gelisah’ kerana jumlah orang  yang menghadiri perhimpunan itu tidak seperti diharapkan iaitu 10,000 orang.

“Kata-kata terakhir saya ialah, Sarawak akan menghadapi Pilihann Raya Negeri (PRN) untuk memilih Ketua Menteri bukannya Perdana Menteri.”

Ujarnya, Ketua Menteri Sarawak tidak lain tidak bukan sudah tentunya Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang memimpin kerajaan negeri, dengan majoriti rakyat Sarawak berharap mahu melihat pentadbiran negeri yang lebih progresif, agresif dan prihatin.

Semua rakyat Sarawak katanya, telah melihat kebolehan Adenan mentadbir dan membawa perubahan serta pembangunan dan keinginan beliau melakukannya dengan lebih lagi.

“Jadi kita mesti memastikan Adenan Satem menang dengan keyakinan besar daripada semua rakyat Sarawak bagi memboleh dan melengkapkan beliau mengemukakan pelbagai permintaan besar untuk rakyat Sarawak daripada kerajaan persekutuan,” tegasnya.