Lebih 5,000 saksi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Limbang

0

Oleh Mastura Ismail //

C_PC0007677

C_PC0007681

LIMBANG: 31 Ogos 2015, menjadi tarikh keramat buat lebih 80,000 penduduk di bahagian paling utara negeri ini apabila menjadi tuan rumah Hari Kebangsaan Peringkat Negeri buat kali pertama di Kompleks Sukan Limbang semalam.

Lebih 5,000 warga kota membanjiri Kompleks Sukan Limbang bagi menyaksikan perarakan yang bermula seawal jam 7 pagi itu.

Sekitar 65 kontinjen membabitkan lebih 3,000 peserta terdrir daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta dan pelajar sekolah menyertai perarakan itu.

Acara dimulakan dengan persembahan koir lagu-lagu patriotik daripada 500 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang.

Aktiviti lain termasuk perbarisan pasukan keselamatan, perbarisan setiap kontinjen, pertunjukan gerak gempur, pertunjukan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan  pertunjukan tempur tanpa senjata Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Hadir memeriahkan hari bersejarah itu ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Seri  Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib.

Turut sama ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan isteri  Datin Patinggi Datuk Jamilah  Anu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, menteri-menteri muda, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan kenamaan lain.C_PC0007678

C_PC0007679

C_PC0007680

TARIKAN: Seorang warga England, Jane Hughes terpegun melihat keunikan baju bermotifkan Jalur Gemilang dipakai seorang kanak-kanak, Eqwan Fermandani Norden,5, dari Kampung Tabahon, Limbang. Jane merupakan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Limbang. Beliau turut meraikan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Kompleks Sukan Limbang, semalam.

TARIKAN: Seorang warga England, Jane Hughes terpegun melihat keunikan baju bermotifkan Jalur Gemilang dipakai seorang kanak-kanak, Eqwan Fermandani Norden,5, dari Kampung Tabahon, Limbang. Jane merupakan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Limbang. Beliau turut meraikan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Kompleks Sukan Limbang, semalam.