Mayat lelaki ditemui tenggelam

0
KAWASAN KEJADIAN: Tempat mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai sebarang identiti ditemui.

KAWASAN KEJADIAN: Tempat mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai sebarang identiti ditemui.

SIBU: Mayat seorang lelaki ditemui tenggelam di dalam sebuah parit di Lorong 6, Jalan Tekam di sini semalam.

Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat sekitar jam 6.30 pagi.

Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berusia lingkungan 20-an.

Polis turut menemui kesan kecederaan pada bahagian leher mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke rumah mayat Hospital Sibu untuk bedah siasat

Dalam pada itu, terdapat insiden pergaduhan melibatkan tiga pemuda dilaporkan berlaku di kawasan tersebut sekitar jam 3 pagi.

Bagaimanapun, polis masih melakukan siasatan lanjut ke atas maklumat tersebut.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.