Proton Waja terbakar, pemandu dan penumpang selamat

0
HANGUS: Kebakaran kenderaan itu berjaya dipadamkan dalam beberapa minit. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

HANGUS: Kebakaran kenderaan itu berjaya dipadamkan dalam beberapa minit. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

KUCHING: Seorang pemandu dan penumpang selamat apabila Proton Waja dinaiki musnah terbakar berhampiran jejambat Jalan Tun Jugah di sini, awal pagi semalam.

Dalam insiden sekitar jam 1 pagi itu, pemandu menyedari sesuatu tidak kena apabila mendapati asap keluar, dipercayai dari bahagian enjin kereta tersebut.

Dia kemudian berlari ke stesen minyak berhampiran untuk meminjam alat pemadam api.

Asap reda seketika selepas pemandu menyembur alat pemadam api tersebut, namun tidak lama kemudian api mulai marak.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi tidak lama kemudian untuk memadamkan kebakaran susulan menerima panggilan kecemasan.

Kebakaran berjaya dipadamkan dalam masa beberapa minit dan tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.