Tiada laporan pelajar UNIMAS terlibat perhimpunan BERSIH 4: Mohd Fadzil

0

KUCHING: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata setakat semalam pihaknya tiada menerima laporan mengenai penglibatan mahasiswa universiti itu dalam perhimpu-nan BERSIH 4 yang diadakan           di sini Sabtu lepas.

Beliau bagaimanapun berkata sekiranya ada mahasiswa universiti itu terlibat, ia bukan satu kesalahan memandang-kan perhimpunan tersebut sah dari segi undang-undang kerana penganjurannya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

“Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 antara lain membenarkan mahasiswa terlibat dalam apa jua persatuan, badan atau kum-pulan termasuk parti politik ketika di luar kampus.

“Walaupun itu perhimpunan BERSIH tetapi jika  ia diadakan selepas mendapat kebenaran polis maka penglibatan mahasiswa kita tidak menjadi isu, hanya menjadi kesalahan sekiranya perhimpunan itu haram,” katanya ketika dihubungi semalam.

Namun ujarnya sebagai seorang yang berintelektual, mahasiswa harus menggunakan landasan betul seperti sesi dialog dengan menteri-menteri bertanggungjawab jika mahu membangkit atau membicara-kan isu-isu negara.

Kaedah itu katanya, lebih sesuai selain mencerminkan intelektualisme mereka sebagai seorang yang terpelajar.

“Tidak bermakna para pelajar tidak boleh menge-tahui atau membicarakan isu-isu negara tetapi sebaik-nya mereka mengutamakan pelajaran dan jika ia mahu dilakukan, lakukan menerusi platform yang betul seperti sesi dialog dengan menteri-menteri.

“Ini mencerminkan intelek-tualisme mereka bukannya menerusi demonstrasi jalanan dan melanggar peraturan sedia ada,” ujarnya.

Perhimpunan BERSIH 4 yang diadakan di Padang Song Kheng Hai, Padungan, bermula petang 29 Ogos lepas disertai kira-kira 6,000 orang dari seluruh negeri.

Bagaimanapun ia terpaksa dihentikan lebih awal daripada jadual asal disebabkan beberapa masalah, antaranya masalah komunikasi kerana kerosakan sistem siar raya.

Mengikut jadual asal, Bersih 4 akan berlangsung selama 32 jam bermula jam 4 petang 29 Ogos 2015 dan penganjur merancang mengadakannya serentak di tiga lokasi utama iaitu Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

Hanya perhimpunan di Kuching dibenarkan penganjurannya secara rasmi oleh pihak berkuasa termasuk kerajaan negeri manakala di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu sebaliknya bagaimanapun ia tetap diteruskan.