Pemilihan Adenan sebagai penceramah IACC amat tepat

0

KUCHING: Pemilihan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebagai penceramah pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa Ke-16 (IACC) adalah amat tepat.

Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, Adenan merupakan antara individu paling sesuai bercakap pada persidangan antirasuah.

“Beliau membenci amalan rasuah dan beliau tidak segan silu menyatakan siapa mereka serta di mana amalan sedemikian berlaku.

“Ia adalah harapan saya agar individu di kedudukan tinggi termasuk pegawai kerajaan memandang serius amaran Ketua Menteri kerana beliau benar-benar serius,” katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Tambah presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu, sejurus Adenan memegang kuasa, beliau mengambil tindakan ke atas amalan korup termasuk terhadap pembalakan haram di negeri ini.

Kata Masing, amalan sedemikian sudah terlalu lama dibiarkan begitu sahaja.