Ragad dahului senarai penerima pingat Darjah Kebesaran Negeri

0

KUCHING: Isteri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Toh Puan Dato Sri Ragad Kurdi Taib mendahului senarai 715 penerima pingat Darjah Kebesaran Negeri sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Ke-79.

Toh Puan Ragad akan menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak pingat Datuk Patinggi Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Manakala Penerima pingat Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri pula akan diterima oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sementara itu, pingat Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu pula menyaksikan dua penerima iaitu Residen Bahagian Limbang Maria Hasman dan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak August Buma.

Bagi pingat Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) membawa gelaran Dato pula menyaksikan sepuluh penerima iaitu Datin Amar Fatimah Mohd Iskandar, Chong Kai Hoi, Hii Poh Bing, Zaidi Khaldin Zainie Abdul Latif, Gerawat Gala, Abdul Rahim Abdullah@Gasah Lingkai, Lim Kim Siah, Henry@Harry Jinep, Chris Chung Soon Nam dan Temenggung Vincent Lau Lee Ming.

Sementara itu, Setiausaha Tetap (Undang-undang dan Kesejahteraan) dan Pengarah Biro Mencegah Rasuah, Brunei Dato Paduka Mohammad Juanda A. Rashid menerima pingat Panglima Setia Bintang Sarawak (Kehormat) yang membawa gelaran Dato.

Pingat Johan Bintang Sarawak (JBS) pula me-nyaksikan Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang antara tujuh penerima pingat tersebut.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri antara lima penerima pingat Johan Bintang Kenyalang (JBK).

Bagi Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) pula me-nyaksikan 12 penerima, pingat Pegawai Bintang Sarawak (28), pingat Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) 66 penerima, Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (49 penerima), pingat Ahli Bintang Sarawak (210) dan pingat Ahli Bintang Kenyalang 52 penerima.

Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) pula menyaksi-kan 97 penerima dan seramai 173 orang menerima pingat Bentara Bintang Sarawak.