Pemuda PBB Telang Usan sokong kekalkan Dennis

0
SOKONG: Sepanduk daripada Jawatankuasa PBB Telang Usan yang ditunjukkan sebagai menyuara-kan hasrat mereka mahukan Dennis dicalonkan semula mewakili DUN Telang Usan.

SOKONG: Sepanduk daripada Jawatankuasa PBB Telang Usan yang ditunjukkan sebagai menyuara-kan hasrat mereka mahukan Dennis dicalonkan semula mewakili DUN Telang Usan.

MARUDI: Ketua Pergerakan Pemuda PBB Bahagian Telang Usan Dominic Nyurang Ajang berkata pergerakan itu sebulat suara menyata-kan sokongan padu kepada ADUN Telang Usan Dennis Ngau dan mahukan beliau terus kekal menerajui konstituensi berkenaan sekali gus mewakili suara masyarakat Orang Ulu.

Menurut Dominic, Dennis merupakan seorang wakil rakyat rajin dan bekerja keras serta turun padang bertemu rakyat hingga ke peringkat akar umbi termasuk di kampung terpencil di hulu sungai.

“Meskipun baharu, namun beliau satu-satunya wakil rakyat yang benar-benar bekerja dan sudah melawat hampir semua kawasan dan kampung di konstituensi ini.

“Ini termasuk kawasan paling terpencil serta paling sukar didatangi sekali pun,” katanya.

Jelasnya, oleh kerana ke-wibawaannya itu, beliau sentiasa dialu-alu dan menerima sambutan hangat penduduk kampung setiap kali tiba melawat mereka.

Menurut Dominic berdasarkan populariti dan kewibawaan itu, Pemuda PBB Telang Usan yakin beliau merupakan satu-satunya calon boleh menang dan layak bertanding mengekalkan kerusi Telang Usan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Semua ahli Pemuda PBB Telang Usan, sudah sebulat suara melahirkan sokongan padu untuk berdiri di belakang Dennis.

“Kami menyokong sepenuhnya pencalonan semula beliau mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRN akan datang,” katanya.

Jelasnya, ini kerana Dennis sudah membawa masuk ba-nyak pembangunan ke kawasan Telang Usan dan masih banyak perancangan pembangunan yang belum selesai.

“Justeru pencalonan semula beliau kelak dan kemenangannya amat penting bagi membolehkan beliau meneruskan perjuangan membangunkan rakyat di Telang Usan,” kata Dominic lagi.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini, selepas lawatan kerja oleh Ketua Pemuda PBB Negeri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Long Lama baru-baru ini, Dominic berkata Dennis  menerima sokongan  kuat dan padu daripada rakyat di peringkat akar umbi, yang dibuktikan melalui setiap lawatan  diadakan.

“Beliau disukai semua orang, tidak kira umur, etnik dan kaum di sini, malah amat dise-nangi golongan tua dan muda, lebih-lebih lagi kerana sikapnya yang mesra dan berjiwa rakyat, senang didampingi untuk meluahkan masalah dalam pelbagai isu,” katanya.