Likun C juara terbuka Saribas

0

BETONG: Regu Likun C dari Saratok dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Saribas 2015 di Gelanggang Sukan SABERKAS Debak.

Mereka mengalahkan Nenz Frenz (Kuching) pada perlawanan akhir dan memenangi kedua-dua set iaitu 21-18 dan 21-19.

Dengan kemenangan itu, Likun C dipimpin pengurusnya, Amirul Hisyam Abu Talip dengan Amirul Hisyam Rajali (apit kiri), Ismail Roslan (tekong), Azman Wajuli (apit kanan) dan Ali Napiah Amat (apit kiri) membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala dan pingat.

Manakala Nenz Frenz selaku naib juara membawa pulang wang tunai RM700, piala dan pingat.

Sementara itu, Likun B dan Sekama A masing-masing di tempat ketiga bersama apabila tewas pada aksi separuh akhir dan membawa pulang wang tunai RM250, piala dan pingat.

Pertandingan itu anjuran Unit SABERKAS Debak dengan kerjasama Pemuda PBB Saribas disertai 24 regu dari Kuching, Sarikei, Kota Samarahan, Betong, Spaoh dan Saratok.

Ha d i r me r a smi k a n pertandingan tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam.