Singapura takluk Sungai Sarawak

0
UNGGUL: Pasukan Singapore Polytechnic membuktikan keupayaan menjuarai kategori paling mencabar pada Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa 2015 di Tebingan Kuching semalam.

UNGGUL: Pasukan Singapore Polytechnic membuktikan keupayaan menjuarai kategori paling mencabar pada Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa 2015 di Tebingan Kuching semalam.

Menjuarai tiga kategori pada Lumba Perahu Naga Antarabangsa sempena Regata Sarawak 2015

KUCHING: Meskipun dicabar hebat pekayuh Filipina, Singapura akhirnya berjaya menakluki Sungai Sarawak apabila mengungguli tiga kategori pada Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa sempena Regata Sarawak 2015 di Tebingan Kuching di sini semalam.

Tonggak pasukan, Singapore Polytechnic membuktikan keupayaan dengan menjuarai kategori paling mencabar Terbuka Campuran 22 Krew dengan catatan masa 1.39.09 selain kategori Terbuka Lelaki 12 Krew dengan catatan 1.42.65.

Dalam kategori Terbuka Campuran 22 Krew, Singapor e Polyt e chni c menewaskan Philippines Titans, Kapuas Hulu Indonesia dan Blue Phoenix Dragon Boat Club – Philippines yang masing-masing menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat.

Kemenangan tersebut membolehkan Singapore Polytechnic merangkul hadiah wang tunai RM5,000 manakala pemenang kedua, ketiga dan keempat masingmasing menerima RM4,000, RM3,000, RM1,000.

Bagi kategori Terbuka Lelaki 12 Krew pula, Singapor e Polyt e chni c menewaskan Philippines Titans, Majlis Lumba Perahu Kg.

Lurong Dalam Brunei dan Sabah Dragon Boat Association yang masingmasing menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat.

Hadiah kategori ini adalah wang tuna i RM3,000, RM2,000, RM1,000 dan RM500.

Singapore Polytechnic B mencatat masa 1.46.41 turut mendominasikan kategori Terbuka Campuran 12 Krew sekali gus menewaskan Blue Phoenix Dragon Boat Club – Philippines di tempat kedua, Philippines Titans (ketiga) dan Kapuas Hulu Indonesia (keempat).

Singapore Polytechnic B membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 manakala Blue Phoenix Dragon Boat Club – Philippines, Philippines Titans dan Kapuas Hulu Indonesia masing-masing menerima RM2,000, RM1,000 dan RM500.

Kategori Terbuka Lelaki 22 Krew pula diungguli Sambas Indonesia menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1.36.31 sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM5,000.

Manakala Majlis Lumba Perahu Kg.  Lurong Dalam Brunei, Wani-Wani Oya dan Landas masing-masing menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM3,000 dan RM1,000.

Lumba Perahu Naga Antarabangsa bermula pada 18 September lalu dengan disertai sebanyak 17 pasukan antarabangsa selain 12 lagi pasukan tempatan yang bersaing bagi Lumba Perahu Naga Tempatan.

Lumba Perahu Naga Antarabangsa adalah sebahagian daripada acara sempena Regata Sarawak yang akan berlangsung pada 25 hingga 27 September ini.