16 ekor lembu dikorbankan di Masjid Al-Muttaqin, Bekenu

0
RAYA KORBAN: Ahmad Lai (kiri) dan Rosey (kanan) melakukan simbolik memotong daging lembu yang akan diagihkan sambil disaksikan yang lain.

RAYA KORBAN: Ahmad Lai (kiri) dan Rosey (kanan) melakukan simbolik memotong daging lembu yang akan diagihkan sambil disaksikan yang lain.

MIRI: Sejumlah 16 ekor lembu telah disembelih pada Majlis Korban Perdana Tahun 2015 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Muttaqin, Bekenu di sini semalam.

Majlis berkenaan merupakan anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bekenu bersama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muttaqin Bekenu yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Acara gotong-royong melakukan aktiviti penyembelihan dan agihan berkenaan telah disertai lebih 400 penduduk kampung sekitarnya selepas menunaikan sembahyang raya.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus dan Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

Bagi majlis terbabit, Ahmad Lai dan Rosey masing-masing menyumbang tiga ekor lembu, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing (dua ekor) manakala tiga ekor lembu masing-masing daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat, ahli perniagaan tempatan Datuk Stephen Lee Chee Kiang dan anak kepada Ahmad Lai, Nazri Ahmad Lai.

Manakala selebihnya iaitu lima ekor lagi masing-masing daripada individu dan kumpulan.

Daging terbabit kemudiannya diagihkan kepada jawatankuasa kerja, tetamu dan golongan miskin dari kampung yang terpilih di sekitar Sibuti seperti Kampung Dagang, Kampung Kelapa, Kampung Rambai, Kampung Kuala Sibuti, Kampung Tanjung Bungai, Kampung Peliau, Kampung Sebalik, Kampung Kayu Kapor, Kampung Keluru Jaya, Kampung Mumong, Kampung Kawang, Kampung Jenggalas dan Kampung Tengah.