Dua warga emas direman kerana curi buah limau

0
DIBERKAS: Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membantu siasatan.

DIBERKAS: Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membantu siasatan.

SIBU: Dua warga emas yang ditahan kerana mencuri buah limau di sebuah gerai di Pasar Sentral Sibu,direman semalam.

Kedua-dua suspek diberkas oleh pemilik gerai terbabit ketika cuba melarikan 29 biji buah lima.

Difahamkan kedua-dua suspek berusia 50-an datang ke gerai terbabit dalam keadaan mabuk.

Mereka dikatakan datang ke gerai berpura-pura sebagai pelanggan sebelum bertindak melarikan buah limau tersebut.

Cubaan mereka melarikan diri bagaimanapun tidak berhasil apabila berjaya diberkas pemilik gerai berkenaan.

Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.