Terbuka Remaja LSC: Kuching mantap

0

KUCHING: Pemain dari Kuching mendomina s i Pertandingan Tenis Terbuka Remaja LSC dengan menjuarai tiga daripada enam kategori dipertandingkan di gelanggang Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) pada 25 hingga 27 September lalu.

Pelatih Akademi Tenis Kebangsaan Malaysia, Muhammad Aiman Hamdan (14) menggondol kejuaraan Tier 1 selepas membenam rakan sepasukan, Jimmy Liong, 13, dengan 6-1, 6-1.

Manakala mahkota Tier 2 dimenangi Jonathan Sia menewaskan Eldon Lee dari Sibu dengan 6-0, 6-0.

Dalam Pertandingan Terbuka Unisex Bawah 14 Tahun Tier 1, wakil SLTA Tan Lin Xin muncul juara selepas menumbangkan Cornelius Sia dari Kuching dengan 6- 0, 6-1.

Bintulu tidak hampa apabila pulang dengan dua trofi menerusi Nazarul Farihin yang mengatasi Jared Ho (Kuching) dengan 5-3, 4-2 dalam Unisex B10 Tier 1.

Satu lagi kejuaraan hadir dalam acara Unisex B10 Tahun Tier 2 yang digondol oleh Minkee Oosthuizen selepas mengecewakan Aaron Norman (SLTA) dengan 4-0, 4-1.

Pelajar Sekolah Sukan SMK Tabuan Jaya, Jancy Ceria Odau (Saratok) menjuarai Unisex B14 tahun Tier 1 menewaskan Celinia Glorimai (Tatau, Bintulu) dengan 6-4, 6-4.

Seramai 34 pemain menyertai pertandingan anjuran SLTA dan ditaja oleh Lea Sports Centre.