Kuasai bahasa Inggeris mantap kemahiran pengajian STEM

0
SIDANG MEDIA: Len Talif (kanan) dan Kadim menjawab pertanyaan media, semalam.

SIDANG MEDIA: Len Talif (kanan) dan Kadim menjawab pertanyaan media, semalam.

KUCHING: Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menguasai bahasa Inggeris yang dapat membantu memantapkan lagi kemahiran dalam penga-jian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Tek-nikal) Datu Len Talif Salleh, kepentingan bahasa antarabangsa itu tidak dapat di-nafikan lebih-lebih lagi apabila ia merupakan bahasa pengantar yang digunakan dalam perbincangan-perbincangan berkaitan STEM khasnya secara global.

“Dalam konteks Malaysia, kita perlu menambah satu lagi abjad ‘E’ dalam STEM iaitu English (bahasa Inggeris) bagi memberi penekanan terhadap bahasa yang amat penting itu memandangkan perbinca-ngan mengenai STEM lazim diadakan dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kejuruteraan STEM Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan Ke-juruteraan Antarabangsa Ke-8 Dr Shafrida Sahrani.

Len Talif berkata, lebih banyak peningkatan perlu dibuat dalam memperbaiki tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Bumiputera, khasnya di luar bandar.

“Mereka perlu pendedahan kepada bahasa tersebut dari peringkat awal lagi sekali gus dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi dengan masyarakat di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau menyeru Kementerian Pendidian melihat semula pendekatan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah seperti diuar-uarkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam temu ramah televisyen baru-baru ini.

Sementara itu, Kadim berkata bahasa Inggeris telah digunakan di universiti ber-kenaan sejak awal penubuhannya lagi.

“Bahasa Inggeris telah men-jadi bahasa utama digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan usaha sama sejak dari dulu lagi.

“Malah kita turut menggunakan bahasa Inggeris bagi berkomunikasi dengan para pelajar bagi mempersiapkan mereka melangkah ke alam pekerjaan,” katanya.