Subjek sejarah peperangan mampu pupuk semangat patriotik

0

KUALA LUMPUR: Pengenalan subjek sejarah peperangan di negara ini mampu memupuk semangat kesetiaan dan patriotik dalam kalangan pelajar terhadap negara.

Pengarah Kanan Institut Pengajian Eksekutif Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Kol (B) Sofian Kamaruddin berkata sejarah akan membuatkan individu menghargai dan mencintai negara sendiri.

“Sejarah peperangan di Malaysia mempunyai nilai dan faktor yang boleh dipelajari dengan lebih mendalam mengenai apa yang berlaku semasa peperangan tersebut.

“Negara kita sahaja satu-satunya negara yang berjaya menewaskan komunis,  faktor berkaitan budaya peperangan kita sangat penting dan perlu dipelajari,” katanya ketika ditemui Bernama selepas program Simposium Kesetiaan dan Patriotisme di sini semalam.

Menurut beliau peperangan adalah sejarah yang perlu dipelajari dan difahami kerana peperangan boleh mengubah peradaban sesebuah bangsa dan negara.

Turut hadir pada simposium berkenaan ialah Naib Canselor UPNM Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. — Bernama