UNIMAS jalin kerjasama dengan enam syarikat

0

Bekerjasama dengan enam syarikat daripada pelbagai industri dalam pembangunan tenaga diperbaharui: Len

INFOMATIF: Len (kanan) meneliti salah satu buku yang dipamerkan                        di Kuching semalam. Turut kelihatan, Kadim (tengah).

INFOMATIF: Len (kanan) meneliti salah satu buku yang dipamerkan di Kuching semalam. Turut kelihatan, Kadim (tengah).

// Oleh Sandy Mark Luna //

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam menjalin kerja-sama dengan enam syarikat swasta daripada pelbagai industri dalam pembangunan tenaga diperbaharui.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Tek-nikal) Datu Len Talif Salleh, enam syarikat terbabit adalah Shorefield, One Medicare, X-Fab Sarawak, SACOFA, Infra Tech Geo Solutions and Elcorp Technology.

“Menerusi kerjasama ini, kita berharap akan ada lebih banyak interaksi industri dapat diadakan pada masa akan datang yang dapat menjurus kepada sebuah masyarakat lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Kejuruteraan STEM bertemakan ‘Melibatkan Industri-Industri dan Masyarakat Menerusi Kejuruteraan dan Teknologi Inovatif’ di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr Kopli Bujang, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Wan Hashim Wan Ibrahim dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Profesor Madya Dr Al-Khalid Othman.

Mengulas lanjut, Kadim berkata UNIMAS menerusi Fakulti Kejuruteraan, menandatangani Memorandum Perjanjian dan Memorandum Persefahaman dengan syarikat-syarikat itu agar lebih banyak penglibatan industri dengan universiti akan ter-jalin pada masa akan datang.

Menurutnya, empat program dalam Fakulti Kejuru-teraan seperti Kejurutera-an Elektrik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Kimia masing-masing akan bekerjasama dengan syarikat daripada industri relevan.

“Kita gunakan kepakaran daripada pelbagai industri untuk bekerjasama membangunkan tenaga diperbaharui dalam Pusat Tenaga Diperbaharui (CREN) kita,” katanya.

“Usaha sama ini juga akan menyaksikan latihan sama antara syarikat-syarikat dan fakulti, selain latihan untuk kakitangan bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Persidangan yang berlangsung semalam hingga Jumaat ini, selari dengan misi menggalakkan keterlibatan badan kerajaan dan agensi swasta untuk berganding bahu dengan ahli akademik dan saintis dari seluruh dunia untuk mencipta masa depan bidang kejuru-teraan yang lebih gemilang.

Antara bidang yang menjadi tumpuan pada persidangan itu adalah kerjasama dan promosi pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di mana ucaptama disampaikan oleh Profesor Dr Nasruddin Abdul Rahim daripada Universiti Malaya dan Profesor  Madya Dr Tan Kay Chen daripada Universiti Nasional Singapura.

Dalam anjuran kali ke-8 sejak 2008, persidangan itu turut disertakan dengan Forum STEM tentang kepentingan pendidi-kan dan latihan vokasional & teknik sebagai usaha menyedia-kan tenaga mahir bagi pembangunan negeri Sarawak.

Baru-baru ini, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) dan UNIMAS bersetuju membangunkan makmal STEM di Fakulti Kejuruteraan, yang akan menjadi pusat mempromosikan STEM bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan program tersebut.