20 pasangan pengantin mendaftar dengan KKCCCI

0

KOTA KINABALU: Seramai 20 pasangan mendaftar sebagai pengantin baharu kelmarin di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI).

Presiden KKCCCI Datuk Michael Lui berkata, mereka yang mendaftar itu terdiri daripada umur 21 tahun sehingga 40 tahun.

“Sejak Oktober tahun lalu sehingga September ini, terdapat 341 pasangan telah mendaftar untuk berkahwin.

“Pendaftaran pasangan di sini untuk setiap tahun adalah dalam purata kira-kira 200 pasangan,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis pendaftaran perkahwinan yang diadakan di sini kelmarin.

Beliau berkata, pendaftaran dibuka pada setiap hari Sabtu dengan yuran RM99 sahaja tetapi sekiranya pasangan itu ingin mendaftar perkahwinan pada tarikh atau hari yang dipilih sendiri, mereka perlu membayar yuran sebanyak RM500.

Katanya, pasangan yang baharu berkahwin itu perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap pasangan masing-masing.

“Mereka juga perlu memberikan kasih sayang kepada kedua-dua belah pihak keluarga secara adil tanpa berat sebelah selamanya,” katanya.