Yuran pengajian UNIMAS tidak naik

0

Tidak akan menaikkan yuran pengajian walaupun alami pengurangan peruntukan dalam Bajet 2016

// Oleh Nick Fletcher //

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak akan menaikkan yuran pengajian bagi tahun depan walaupun mengalami pengurangan peruntukan dalam Bajet 2016.

Jaminan itu diberikan Naib Cancelor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi sambil menjelaskan bahawa universiti awam ber-kenaan hanya mengalami pe-ngurangan peruntukan yang tidak begitu ketara iaitu 1.5 peratus sahaja.

“Saya jamin tidak akan ada kenaikan yuran di UNIMAS pada tahun depan,” katanya ketika ditemu bual, semalam.

Kadim menambah, pengura-ngan peruntukan juga tidak memberi impak yang begitu besar kepada UNIMAS berban-ding universiti awam yang lain di mana ada yang mengalami pe-ngurangan peruntukan sehingga 25 peratus.

“Walaupun terdapat pe-ngurangan peruntukan, kami (UNIMAS) akan melaksanakan segala perancangan serta aktiviti yang telah dirancang untuk 2016 dengan tanpa pe-ngurangan kualiti dan stan-dard,” katanya.

Malah, katanya universiti itu juga akan melihat kaedah untuk melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini seperti kolaboratif dengan industri untuk menjana pendapatan selain melihat kepada bidang yang bersifat komersial.

Sementara itu, Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat Haniza Talha menyifatkan pengura-ngan peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam Bajet 2016 yang diumumkan baru-baru ini akan menyekat negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

Malah, katanya keputusan tersebut juga akan menjurus kepada kenaikan yuran pe-ngajian oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang selama ini bergantung dana daripada kerajaan untuk menampung kos operasi.

“Saya tidak tahu bagaimana bajet ini dapat memanfaatkan negara yang menyasar untuk menjadi sebuah negara maju,” katanya juga ketika ditemu bual.

Selain itu, beliau turut kesal terhadap pengurangan peruntukan untuk PTPTN sambil menjelaskan bahawa keputusan itu akan menyekat pelajar yang kurang berkemampuan untuk memasuki universiti.

“Ini akan membantutkan pembangunan modal insan kita dan menyukarkan negara meme-nuhi permintaan dalam pasaran pekerjaan pada masa depan,” kata Haniza yang juga ADUN Taman Medan, Selangor.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini dilaporkan berkata pengu-rangan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk kementeriannya tidak akan menjejaskan usaha memajukan sektor pendidikan tinggi negara.

Beliau berkata peruntukan itu dikurangkan berikutan pendapatan kerajaan terjejas akibat kejatuhan harga minyak dan komoditi negara.

Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas memperuntukkan seba-nyak RM13.378 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu lima peratus daripada keseluruhan bajet berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015.