Abdullah: Fadillah tak usah layan cabaran debat Chong

0

PRN adalah tentang kepimpinan Adenan, bukannya Najib

// Oleh Saibi Gi //

KUCHING: Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol berkata Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof tidak usah melayan cabaran debat oleh Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Cabaran Chong itu adalah susulan kenyataan Fadillah yang mengatakan pilihan raya negeri Sarawak cuma membabitkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi debat itu, Chong mahu Fadillah membuktikan kebenaran kenyataan yang disiarkan pada Selasa lepas.

Justeru, Abdullah berkata beliau mengesyaki Chong dan pemimpin DAP Tony Pua (yang gemar mencabar untuk berdebat) menghidap pe-nyakit ‘Histrionic Personality Disorder (HPD)’ – istilah per-ubatan bermaksud individu yang emosinya terlalu obses mendapat perhatian atau selalu mahu pengiktirafan.

Katanya, pilihan raya ne-geri akan datang berkisar mengenai warga Sarawak memilih siapa yang mereka pilih untuk mengetuai dan mengurus hal ehwal negeri.

“Apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia tiada kaitan dengan kita di Sarawak.

“DAP (Sarawak) sering menjemput rakan wakil rakyat DAP dari Semenanjung Malaysia bersama mereka berkempen di merata tempat di Sarawak.

“Mereka sering memberi ceramah bernada kebencian, berburuk sangka, konfrontasi jalanan, serta kempen politik yang keji dan hina,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menegaskan, DAP merupakan parti politik daripada Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, BN Sarawak berusaha gigih menyampaikan kepada rakyat khidmat sebenar dan ikhlas termasuk pelaksanaan infrastruktur.

“Manakala DAP bekerja keras memberi perkhidmatan dengan berceramah sepanjang masa termasuk sibuk dengan kempen yang jijik dan berbaur hasutan,” sindirnya.

Abdullah juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata beliau yakin BN Sarawak diketuai Adenan akan menang besar pilihan raya akan datang.

Dan ini katanya, memberi peluang kepada Adenan meneruskan agenda serta polisi pembangunan berkiblat kebajikan rakyat ter-utama pembangunan kawasan pedalaman.

Pada masa sama, mandat besar amat diperlukan daripada rakyat Sarawak untuk membolehkan Adenan memohon daripada Kerajaan Persekutuan berkaitan autonomi pentadbiran dan pengagihan kuasa.

Adenan juga katanya akan memohon lebih banyak per-untukan untuk Kerajaan Negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini terutama bagi tujuan pembangunan luar bandar.

“Saya harap semua 12 ADUN DAP akan terus mendapat sokongan daripada pengundi di kawasan masing-masing, agar kita boleh memberi tumpuan terhadap usaha memenuhi keperluan luar bandar yang dihuni majoriti Bumiputera dan sentiasa menyokong dan yakin terhadap BN.

“Kerajaan boleh memberi tumpuan sepenuhnya ke arah membangun kawasan luar bandar di mana majoriti masyarakat Bumiputera berada yang selama ini sentiasa setia menyokong BN,” kata-nya.